Karnival Bahasa Kadazan Dusun Zon Kiulu 2025
Penyertaan SKRBT dalam Karnival Bahasa Kadazan Dusun peringkat Zon Kiulu Selasa lepas, 29 April 2025 bertempat di SK. Pukak, Kiulu. Tahniah kepada adik Amber Lyn Delnes yang telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Membaca Berita BKD, adik Alicetika Gunsalam yang telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Basaan Koubasanan Perempuan, adik Exxie Be Bernard yang telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Basaan Koubasanan Lelaki, dan adik Alicetika Gunsalam yang telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Masakan Tradisi. Syabas kepada semua guru-guru terlibat yang telah melatih murid dengan bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan kali ini dan memastikan pencapaian sekolah kali ini meningkat berbanding tahun lalu.
Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah 2024 (PERKISS)
SK. Rangalau Baru telah berjaya mendapat tempat keempat untuk peringkat negeri Sabah dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah 2024 (PERKISS) yang dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kejayaan ini diperolehi melalui aktiviti Pertandingan Kitar Semula yang dijalankan oleh pihak sekolah bermula Mac 2024 dan berakhir pada bulan Disember 2024 yang lalu. Jumlah hasil kutipan bahan kitar semula yang dicapai sepanjang tahun lalu ialah 522 kilogram untuk Kategori Kelas dan 506 kilogram untuk Kategori Individu.
Tahniah kepada semua guru, murid dan komuniti sekolah SK. Rangalau Baru yang telah bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan budaya kitar semula satu perkara yang penting dalam usaha kita untuk melindungi alam sekitar kita sekarang dan untuk generasi akan datang.
APRECIATION CEREMONY 2024
The graduation ceremony for four Year 6 students of the 2024/2025 session was held with great splendor, featuring the presentation of awards for academic excellence, co-curricular achievements, and exemplary character. Appreciation was also extended to private sector workers, including security personnel, cleaners, and operators of the Supplementary Food Program (RMT), for their dedication and contributions to the success of all activities conducted throughout the year.
Pertandingan Mewarna dan Senamrobik "Ceria Bersama Hoko"
Pada 24 Mei 2024, beberapa orang murid SK Tudan Tuaran telah menyertai Pertandingan Mewarna dan Senamrobik "Ceria Bersama Hoko" yang diadakan di Dewan Terbuka SK Rangalau Baru, Tuaran. Pertandingan ini diadakan sebagai platform untuk merangsang kreativiti dalam kalangan murid-murid sekolah.
Dalam pertandingan mewarna, murid-murid SK Tudan telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Adik Nur Aqeela Warda dari kategori Tahun 1-2 berjaya meraih tempat Johan. Bagi kategori Tahun 3-4, Adik Nur Myra memperoleh sagu hati, manakala dalam kategori Tahun 5-6, Adik Nur Amirah Aini berjaya meraih Naib Johan.
Selain itu, aktiviti senamrobik turut diadakan, di mana murid-murid menunjukkan semangat yang tinggi dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang menyihatkan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya mengeratkan hubungan antara murid-murid sekolah.
Dengan pencapaian yang membanggakan ini, SK Tudan Tuaran terus melangkah ke hadapan dalam mengasah bakat dan potensi murid-muridnya dalam bidang seni dan sukan.
MSS Zon Kiulu 2024
Pada 26 hingga 27 Jun 2024, murid-murid SK Tudan telah menyertai Kejohanan MSS Zon Kiulu 2024 yang diadakan di Kompleks Sukan Tuaran. Kejohanan ini merupakan platform penting bagi para pelajar untuk menunjukkan bakat dalam pelbagai acara sukan, serta bersaing dengan peserta dari sekolah-sekolah lain di Zon Kiulu.
Murid-murid SK Tudan menunjukkan prestasi cemerlang dan bersemangat tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Hasil daripada usaha gigih dan semangat berpasukan, SK Tudan berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan dalam kejohanan tersebut.
Pencapaian ini membuktikan dedikasi dan komitmen para peserta, serta sokongan padu daripada guru pengiring dan pihak sekolah. Kejohanan ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk memperbaiki kemahiran sukan mereka serta mempererat hubungan dengan rakan-rakan dari sekolah lain.
Kejohanan Sukan Pedalaman 2 & 3 Peringkat Negeri Sabah
Pada 18 hingga 22 Mei 2024, murid-murid SK Tudan telah menyertai Kejohanan Sukan Pedalaman 2 & 3 peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau. Kejohanan ini merupakan peluang emas bagi murid-murid untuk menunjukkan bakat dalam pelbagai acara sukan, sambil berinteraksi dengan peserta dari sekolah-sekolah lain.
Sebagai guru pengiring, Cikgu Denver dan Cikgu Kamal telah memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang kejohanan, memastikan murid-murid SK Tudan bersaing dengan semangat kesukanan yang tinggi. Selain bersaing secara sihat, para peserta juga berpeluang untuk memperluas pengalaman mereka melalui hubungan dengan rakan-rakan dari sekolah lain dan memperbaiki kemahiran fizikal mereka.
Kejohanan ini bukan sahaja berjaya melahirkan semangat berpasukan, tetapi juga memberi peluang kepada murid-murid SK Tudan untuk mempamerkan bakat dalam sukan, serta membawa pulang pengalaman berharga yang dapat diterapkan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Program Kolaborasi Pendidikan Luar Perkhemahan Unit Beruniform
Pada 27 hingga 28 November 2024, murid-murid SK Tudan telah menyertai Program Kolaborasi Pendidikan Luar Perkhemahan Unit Beruniform yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Mantob, Tuaran. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang aktiviti luar yang mendidik mereka tentang kepimpinan, kerjasama, dan semangat berpasukan.
Bertempat di Padang SK Mantob, Tuaran, para peserta berpeluang berkenalan dengan murid-murid dari sekolah-sekolah dan daerah lain melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Aktiviti tersebut tidak hanya memberi peluang kepada murid-murid untuk membina kemahiran luar, tetapi juga untuk mempereratkan hubungan dan saling bertukar pengalaman.
Program ini berlangsung dengan penuh semangat, dan murid-murid SK Tudan menunjukkan keterlibatan yang aktif, serta memberi kesan positif dalam membina hubungan silaturahim antara sekolah-sekolah yang terlibat.
Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Hari Terbuka
Pada 16 Disember 2024, SK Tudan telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak dan Hari Terbuka yang bertemakan Denim Stylo. Program ini melibatkan semua murid-murid SK Tudan dan mendapat sambutan yang amat positif.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang hari, memberikan peluang kepada murid-murid untuk berseronok dan mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan serta guru-guru. Aktiviti-aktiviti tersebut turut memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna untuk para pelajar.
Selain itu, ibu bapa turut memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini, dengan kehadiran mereka memberikan sokongan kepada anak-anak mereka. Suasana ceria dan penuh kegembiraan jelas terlihat di kalangan murid-murid yang sangat teruja dan gembira dengan segala aktiviti yang dilaksanakan.
Dengan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah, sambutan Hari Kanak-kanak dan Hari Terbuka ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan positif terhadap penglibatan komuniti sekolah.
Global Education Supply and Services (GESS) Dubai
Pada 8 hingga 18 November 2024, dua orang guru dari SK Tudan, iaitu Cikgu Ain dan Cikgu Rohateqah, telah menyertai Program Global Education Supply and Services (GESS) di Dubai World Trade Centre. Program ini merupakan sebuah acara pendidikan bertaraf antarabangsa yang memaparkan pelbagai inovasi, kelengkapan sekolah, dan bahan bantu belajar yang relevan dengan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan.
Sepanjang program ini, Cikgu Ain dan Cikgu Rohateqah berpeluang mendalami pelbagai ilmu mengenai alat bantu mengajar yang digunakan dari seluruh negara yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mereka juga diberi pendedahan kepada teknologi pendidikan dan inovasi yang boleh membantu memperkasa kaedah pengajaran serta memberi impak positif terhadap pembelajaran murid-murid.
Dapatan daripada program ini akan diterapkan di SK Tudan, dengan harapan dapat meningkatkan mutu pendidikan dan memperkayakan pengalaman pembelajaran bagi para pelajar di sekolah.
Program PLC Pensijilan Apple Teacher
Pada 18 hingga 19 Disember 2024, sebuah program PLC (Professional Learning Community) Pensijilan Apple Teacher telah diadakan di SK Tudan, Tuaran. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknologi para guru dalam menggunakan alat dan aplikasi Apple dalam pengajaran mereka.
Seramai 13 orang guru dari SK Tudan telah menyertai program ini. Dari jumlah tersebut, 5 orang guru berjaya memperoleh sijil Apple Teacher selepas menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam ujian dan tugasan yang diberikan. Manakala, peserta lain yang belum berjaya turut menerima bimbingan tambahan bagi memastikan mereka dapat mencapai tahap yang diinginkan dalam masa terdekat.
Program ini dijalankan dengan penuh dedikasi oleh para fasilitator, iaitu Cikgu Ain, Cikgu Junita, Cikgu Mariani, dan Cikgu Rohateqah, yang memberikan tunjuk ajar serta sokongan sepanjang kursus.
Dengan berakhirnya program ini, diharapkan lebih ramai guru di SK Tudan dapat memanfaatkan teknologi Apple dalam pengajaran mereka, seterusnya memberi impak positif kepada perkembangan pendidikan di sekolah.
Pada 8 - 18 November 2024 lalu, dua orang guru dari SK Bungalio telah menyertai pembentangan di Global Education Supply and Services (GESS) 2024 yang telah berlangsung di Dubai World Trade Centre. Cikgu Baisah Rioh (Guru Prasekolah) dan Cikgu Nadzirah Awang Damit (Guru Bahasa Inggeris) telah membentangkan inovasi Bungalio Magic Wand semasa acara tersebut. Kumpulan Bungalio Magic Wand ini juga disertai oleh 4 orang penolong pegawai PPD Tuaran iaitu En. Zufaini Karim, Pn. Valentina Edwin, Pn. Latipah Sidin dan Pn. Sharifah Thani, guru prasekolah SK Pekan Tenghilan iaitu Pn. Sharian Bachok dan murid SJKC Chung Hwa, Zul Iqbal Zul Kelanah.
Program Pembudayaan Kesenian; Bengkel Lestari Seni Peringkat Daerah Tuaran 2024 telah berlangsung pada 6 November 2024 anjuran SK Bungalio, Tuaran. Program ini telah disertai oleh seramai 48 orang murid dari 9 buah sekolah. 9 orang guru dari setiap sekolah turut menjadi fasilitator. Bengkel memperkenalkan mengenai persembahan kesenian teater muzikal telah diajar oleh Puan Debbie Lim dari SK Kauluan.
Tahniah kepada adik Desianna Andrea Abdullah dan adik Ainnur Zahirah binti Datu Zulfikar di atas pencapaian Sijil Gangsa dalam Pertandingan Mewarna Kempen Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon peringkat negeri Sabah sempena Hari Ozon Sedunia yang dijalankan di SK Kauluan, Tuaran pada 13 dan 14 Oktober 2024 yang lalu.
Penyertaan SKRBT dalam Program CSR Literasi Kewangan yang dianjurkan oleh Jabatan Bendahari Negeri Sabah dengan kerjasama pihak Alliance Bank pada hari Khamis, 24 Oktober 2024 yang lalu. Program yang julung kali diadakan di Sabah ini disertai oleh tiga buah sekolah iaitu SK Malawa sebagai tuan rumah, SK Keronggu Inanam dan SK Rangalau Baru Tuaran. Tahniah kepada adik Raesah Husna yang mendapat tempat kelima dan adik Ainnur Zahirah yang menjadi naib johan dalam pertandingan melukis komik yang dijalankan semasa program tersebut.
1. Second Place HIP Showcase English Village Primary School - Karnival HIPMAX 2024 Peringkat Kebangsaan
13 Julai 2024, lima orang murid (Chantz Louvell Septivian, Qistyno Ardavilly Jefford, Vinsentain Christopher, Muhammad Abdul Rahman Bin Azizi dan Fredrick James Jamis) diiringi oleh tiga orang guru (Priscella Aletha Koek, Sylvia Sindih dan Dian Asnera Japin) dari SK Pukak telah meraih tempat kedua dalam Karnival HIPMAX HIP Showcase English Village peringkat kebangsaan.
2. Anugerah Perak Pertandingan Showcase KMR STEM Peringkat Daerah Tuaran
Tanggal 26 Oktober 2024, SK Pukak diwakili empat orang murid iaitu Muhd. Shahir Hafiz bin Abd. Rajik, Cerlyanna Arnold, Allvie Ellfyra Jackson dan Skylle Rose Raynerd telah menyertai Pertandingan Showcase KMR STEM peringkat Daerah Tuaran. Pertrandingan ini berlangsung Sk Pekan Tuaran. Cikgu Retiah@Liza Tim dan Cikgu Marytina Binti Sauni adalah antara guru pengiring yang telah mendorong dan memberi semangat kepada kejayaan Sk Pukak mendapat Anugerah Perak dalam pertandingan ini.
3. Pembentangan di Global Education Supply & Services (Dubai)
Pada 8 - 18 November 2024 lalu, dua orang guru dari SK Pukak telah menyertai pembentangan di Global Education Supply and Services (GESS) 2024 yang telah berlangsung di Dubai World Trade Centre. Cikgu Kohaye Binti Kuasah (GPK 1 & Guru BI) dan Cikgu Priscella Aletha Koek (GPK KoKo & Guru BI) telah membentangkan Sk Pukak English Village 2.0 dalam acara tersebut.
3. Johan Pertandingan Paluan Gong Sempena Karnival BKD Peringkat Zon Kiulu
Pasukan pemalu Gong Sk Pukak telah berjaya menjadi johan pertandingan paluan gong sempena Karnival BKD yang telah anjurkan di Sk Pahu pada 5 Julai 2024. Tahniah kepada pasukan murid pemalu gong yang terdiri daripada SHERNIELLY SYLVESTER, DARREN LARZS DAVID, VINSENTAIN CHRISTOPHER, RYAN RAIN EDWARD, MUHAMMAD ABDUL RAHMAN BIN AZIZI, ETTHAN LINCOLN EDWIN.
4. Ketiga Pertandingan Paluan Gong peringkat Daerah Tuaran Sempena Karnival BKD
Lanjutan pertandingan daripada peringkat Zon, Pasukan pemalu Gong Sk Pukak juga bertanding paluan gong diperingkat Daerah Tuaran iaitu bersempena Karnival BKD. Pada kali ini Sk Lokos sebagai pengerusi penganjur. Tahniah kepada pasukan murid pemalu gong yang terdiri daripada SHERNIELLY SYLVESTER, DARREN LARZS DAVID, VINSENTAIN CHRISTOPHER, RYAN RAIN EDWARD, MUHAMMAD ABDUL RAHMAN BIN AZIZI, ETTHAN LINCOLN EDWIN; cuba lagi tahun depan.
1. JUARA BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH TUARAN KATEGORI PEREMPUAN
2. TEMPAT KE-3 BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH TUARAN KATEGORI LELAKI
3. DUA ORANG WAKIL SEKOLAH TERPILIH KE PERINGKAT MSSB BARAT DAN MENDAPAT TEMPAT KE-3 KATEGORI LELAKI DAN PEREMPUAN
4. PENYERTAAN MURID DARI TAHUN 4 - TAHUN 6 BAGI PIDATO BAHASA MELAYU SERENTAK PERINGKAT KEBANGSAAN
5. TEMPAT KE-5 PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH TUARAN
6. TEMPAT KE-5 PERTANDINGAN ROCKET AIR SEMPENA KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH TUARAN
7. PENYERTAAN KEJOHANAN TENIS MSS SABAH
8. MENDAPAT JOHAN BAGI 3 KATEGORI KARNIVAL POMOIMAGON KOUBASANAN BKD ZON KIULU
9. PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK (B12) MSSD TUARAN DENGAN REKOD TANPA KALAH DAN TIADA BOLOS SEPANJANG PERLAWANAN SEHINGGA SUKU AKHIR
10. PENYERTAAN SERAMAI 113 ORANG BAGI PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI BUMI 2024 PERINGKAT BAHAGIAN
11. PENYERTAAN PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS KE PROGRAM KEM RIA PERINGKAT NEGERI
12. PENYERTAAN HARI SAINS SEDUNIA UNTUK KEAMANAN DAN PEMBANGUNAN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN
13. PENYERTAAN BRIDGE BUILDING (ONLINE) SEMPENA KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI 2024
14. PENYERTAAN POSTER DIGITAL FESTIVAL PENDIDIKAN STEM DAN TVET PERINGKAT NEGERI 2024
15. PENYERTAAN PERKHEMAHAN RALLY CAMP YOUTH AND LINK (BSMM) PERINGKAT DAERAH TUARAN
SK. PORING
Kejohanan Olahraga Kali Ke 53, Majlis Sukan Sekolah Zon Kiulu
SK Poring telah diberikan amanat untuk menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali Ke 53, Majlis Sukan Sekolah Zon Kiulu, pada 26-27 jun 2024, bertempat di Kompleks Sukan Tuaran. Sebanyak 14 kontigen sekolah zon Kiulu, 189 orang murid dan 8 acara dipertandingkan pada kejohanan kali ini. Sebanyak 12 rekod baru tercipta dan tahniah kepada SK ST Joseph Tombongon juara keseluruhan kejohanan.
SK. PORING
Kem Bakat Sukan Pedalaman 2 & 3 Peringkat Negeri Sabah
Pada 18 hingga 22 Mei 2024, adik Staylen Surhani telah menyertai Kem Bakat Sukan Pedalaman 2 & 3 peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan daerah Tawau. Kejohanan ini membentuk kecenderungan minat murid dalam budaya sukan dalam kalangan murid sekolah- sekolah pedalaman.
SK. PORING
Kolaborasi Pendidikan Luar, Perkhemahan Unit Beruniform
Pada 27-28 November 2024, murid-murid SK Poring telah menyertai aktiviti Kolaborasi Pendidikan Luar Perkhemahan Unit Beruniform anjuran SK Mantob, Tuaran. Aktiviti ini mendedahkan murid kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing–masing. Ia juga dapat memupuk semangat kepimpinan dan kebertanggungjawaban yang tinggi di dalam diri setiap murid.
SK. PORING
Digital Competency Score (DCS)
Tahniah kepada adik Cathleen Hanosah, Fazley Daminik & Powell Pius ( tahap Digital Advance) dan Staylen Surhani (tahap Digital Intermediate) dalam Digital Competency Score (DCS), 1-30 November 2024.
SK.RANGALAU LAMA